Friday, November 21, 2008

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Minda: Hikmah sebalik musibahSusunan Hashim Ahmad

UMAT manusia sentiasa ditimpa musibah, malah sesetengah secara berturut-turut. Dari pandangan Islam, setiap musibah sama ada berupa bencana alam atau akibat kelalaian manusia, semua terjadi kerana ditakdirkan Allah s.w.t.Berat mata memandang, tetapi memang tak seberat bahu memikul. Suka atau tidak, kehidupan harus terus berjalan.Oleh itu, pasti ada hikmah yang dapat diambil daripada pelbagai kejadian menimpa kerana Dia yang Maha Adil dan Penyayang pasti tidak akan berbuat aniaya.Ibnu Qayyim berkata: “Andaikata kita dapat menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka kita akan dapati tidak kurang ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas. Pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia berbanding ilmu Allah sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira. Yang sebenarnya tentu lebih daripada sekadar gambaran ini.”

Antara hikmah Allah yang dapat dikutip ialah:
Sabar menghadapi kesulitan dan kesusahanAllah berfirman bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Innalilahi wainna ilaihi rojiun’ (Sesungguhnya semua berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya). Mereka itulah mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 155-157)
Menghapuskan dosa dan kesalahan
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahanmu).” (Surah Asy-Syura: Ayat 30)Daripada Abu Hurairah dan Abu Sa’id r.a, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian daripada kesalahannya.” (Hadis Riwayat: Bukhari)
Dicatat sebagai kebaikan dan darjat ditinggikan
Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan daripadanya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jalan menuju syurga
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Syurga itu dikelilingi dengan hal yang tidak disukai dan neraka itu dikelilingi pelbagai syahwat.” (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi bermaksud: “Tidaklah ada suatu balasan yang lebih pantas di sisi-Ku bagi hamba-Ku yang beriman, jika Aku mencabut nyawa kesayangannya daripada penduduk dunia kemudian dia bersabar atas kehilangan orang kesayangnnya itu, melainkan syurga.” (Hadis Riwayat: Bukhari)
Membawa keselamatan daripada api neraka
Sabda Rasulullah bermaksud: “Janganlah kamu mencaci dan memaki penyakit demam kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi.” (Hadis Riwayat: Muslim)
Mengembalikan hamba kepada Rabbnya dan mengingatkan kelalaiannya
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami mengutus Rasul kepada umat sebelum- mu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.” (Surah Al-An’am: Ayat 42)
Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada
Seorang penyair berkata: “Seseorang tidak mengenali tanda sihat selagi dia belum tertimpa sakit. Mengingat keadaan saudara ditimpa musibahAntara hikmah Allah, Dia menimpakan cubaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang mukmin pada waktu tertentu, agar dia mengingat saudaranya yang ditimpa kesulitan.
Mensucikan hati
Ibnu Qayyim r.a berkata: “Hati dan roh dapat mengambil manfaat daripada penderitaan dan penyakit adalah urusan tidak dapat dirasakan kecuali jika di dalamnya ada kehidupan. Kebersihan hati dan roh tergantung kepada penderitaan badan dan kesulitannya.
” (Tuhfatul Mariidh)
Cubaan dan ujian adalah nikmat
Rasullullah menyebutkan bahawa nabi ditimpa cubaan berupa penyakit, kemiskinan dan yang lainnya kemudian baginda bersabda bermaksud: “Dan sesungguhnya seorang antara mereka benar-benar gembira kerana mendapat cubaan seperti seorang merasa gembira kerana mendapatkan kelapangan.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah)

MAKNA KEHIDUPAN

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan :
04.13.04 (10:19 pm) [edit]

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain. Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. Olih itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".
Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama utama perjuangan seseorang adalah terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya. Oleh sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat". Saling mencintai.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayangi bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda,"Jagalah dirimu daripada api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".Segalanya dari syahwat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hak itu berat dan pahit, sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih. Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hatilah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Kalau seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan di bawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya". Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa-apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran.Nabi s.a.w. bersabda,"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam.Nabi s.a.w. bersabda,"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak?Seorang soleh mengingatkan,"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kaulah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman. Seorang ulamak berkata,"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik.Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab,"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar.Seorang ulamak berkata,"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku.Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku (taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. panjang angan angan dan tergoda oleh dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan.Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu". Kata pemikir Islam,"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air.. tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku.Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara. Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka dijadikan dosa-dosa terbayang di ruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
SUMBER RUJUKAN: Blog Mengharap Redha Ilahi

Thursday, November 20, 2008

LAWAK JE...

Pasangan Suami Isteri Bahagia !

Dilulus terbit pada Wednesday, April 23 @ 07:40:02 MYT oleh SongkokPutih Oleh jingoza"Dari seorang sahabat :)

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah LANJUT USIA baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, 'Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido...' Suaminya dengan separuh sedar menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula...

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,&! nbsp; 'Kemudian tu.... abang selalu cium saya...' Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik...

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, 'Kemudian tu kan.... abang selalu gigit-gigit leher saya...' Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri heran dan terus bertanya, 'Abang nak gi mana tu?' Dengan nada marah suaminya menjawab, 'Nak gi amik gigi la ni...' "

Sunday, November 16, 2008

30 HARI YANG BARU UNTUK OTAK

Jika anda melakukan satu aktiviti baru setiap hari sekurang-kurangnya 30 hari, anda akan membantu fungsi otak anda menjadi lebih baik. Menurut McMahon, Pengkaji Tabiat manusia, dalam memastikan otak anda terus cerdas, anda memang perlu merangsangnya dengan sesuatu yang baru setiap hari. Jadi catat setiap perkara baru yang berbeza anda lakukan di dalam satu jurnal. Selain menambah fungsi otak, ia juga melatih imunisasi tubuh anda untuk menjadi lebih kuat menentang penyakit seperti demam dan selsema.

Friday, November 14, 2008

MOTIVASI

Kegagalan adalah guru terbaik buat kita
kegagalan adalah penundaan bukan kekalahan
kegagalan adalah perubahan sementara
kegagalan bukanlah jalan buntu

HIDUP UNTUK MEMBERI
Hidup harus bererti buat banyak orang kerana pada saat kita kembali kepada sang Pencipta, tidak ada yang kita bawa hanya yang kita bawa ialah kasih sesama kita dan amal perbuatan baik kita. Kalau hari ini kita mengamalkan sesuatu yang baik. Buat banyak orang, kenapa kita mesti menunda? Umur kita terlalu singkat. Hari ini kita memiliki segala-galanya, namun, satu jam kemudian atau esok kita dipanggil sang Pencipta. Apa yang kita bawa?

GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG1979

TIPS PENGETUA CEMERLANG

Tip-Tip Kepemimpinan untuk Pengetua dan Guru Besar
Ditulis oleh : Fadzli /
Friday, 14 November 2008

Kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar merupakan asas kecemerlangan sekolah. Abdul Ghani Kanesan dan rakan-rakan dalam buku mereka Gaya-Gaya Kepimpinan Pendidikan pentadbir sekolah memainkan peranan menjadi pentadbir budaya kepada sekolah. Pengetua dan Guru Besar perlu menerapkan budaya yang unik supaya menjadi institusi yang berdaya saing.
Untuk itu, mengenal kekuatan dan kelemahan sumber manusia adalah faktor kritikal kepada kejayaan sekolah. Mengenalpasti minat, kecenderungan dan sifat guru yang menjadi subordinat adalah perkara penting dalam pentadbiran sekolah.
Dalam membuat pemerhatian terhadap keupayaan guru, Pengetua dan Guru Besar juga perlu mencari jalan bagaimana guru dapat memberitahu dan mempamerkan kebolehan masing-masing tanpa disuruh. Dengan cara ini, secara tidak langsung mengurangkan gaya kepemimpinan yang hanya fokus kepada arahan. Karisma adalah jawapan terbaik untuk mengurangkan arahan dalam pentadbiran. Berikut tip-tip harian yang dapat diamalkan oleh pengetua dan guru besar untuk menyerlahkan karisma yang ada:
Prihatin kepada hal ehwal guru terutama kebajikan, kesihatan dan keperluan guru.
Bertanya khabar dan menawarkan bantuan kepada guru yang memerlukan.
Apabila berjumpa dengan guru dan subordinat, fikir apa yang menarik pada individu itu dan lontarkan persoalan yang mengurangkan jarak psikologi antara pentadbir dan guru.
Kadang-kadang ada perkara kecil yang tidak diaplikasikan dapat memberikan impak yang besar kepada kepemimpinan pengetua dan guru besar. Ini menyebabkan hubungan antara pentadbir dan guru hanya di sekolah namun tidak dipanjangkan ke luar sekolah. Apabila subordinat menjadi kawan, apa sahaja yang diarahkan pasti mereka laksanakan.
Petikan dan ringkasan Bab Kepemimpinan Karisma, dari Buku Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad) keluaran PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA, 2009

Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi 2009 akan diadakan pada 3 Januari 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Semua ahli Kelab Staf akan mula mendaftar masuk pada pukul 2.30 petang hari tersebut. Mesyuarat bersepadu yang julung-julung kalinya melibatkan kurikulum, kokurikulum dan disiplin akan diadakan di luar Kuala Lumpur dengan harapan para guru dapat menghasilkan kualiti yang terbaik untuk perancangan tahun hadapan. Semoga kehadiran tahun 2009 dapat membuka lembaran baru yang lebih bererti dalam hidup para pendidik di seluruh negara.

Wednesday, November 12, 2008

BICARA DENGAN BAHASA HATI

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
Semua itu haruslah berasal dari hati anda.
Bicaralah dengan bahasa hati,
maka akan sampai ke hati pula.
Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda,
namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya.
Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya denganmerengkuhnya dalam lengan yang kuat.
Atau, membujuknya dengan berbagaigula-gula dan kata-kata manis.
Anda harus mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.
Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan anda

Sumber: Unknown (Tidak Diketahui)

-->
Tags:

Sunday, October 26, 2008

GURU CEMERLANG SMKHK

Tahniah diucapkan kepada empat orang guru SMKHK yang telah dinobatkan sebagai guru cemerlang pada tahun 2008 ini iaitu Pn. Saadiah Yusof, En. Tiew Wai Sin, Pn. Saaadiah Mustam dan Pn. Tan Lee Eng. Mereka memanglah guru yang dedikasi dan mampu menyumbangkan bakti dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Pengiktirafan ini, diharapkan akan menjadi titik tolak kepada mereka dalam usaha menjadikan anak didik di SMKHK terus cemerlang seiring dengan perubahan waktu.

FIKIR-FIKIRKANLAH

FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN

Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan
Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau
Tuhan adalah penjamin rezeki engkauBertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya
hati engkau akan tenang
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu tentang keperluan-keperluan engkau
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaranRedhalah menerimanya,
walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau
Agar engkau tidak salah faham
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan akan merosakkan engkau
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan
Mesti ada mengandungi pendidikan...

Wednesday, October 22, 2008

KASIH DISEMAI, SAYANG DITUAI

Progam "Famili Day" yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff SMKHK di Desa Water Park pada hari sabtu bersamaan 18 Oktober 2008 telah berjaya mengeratkan semangat setiakawan dan kasih sayang sesama ahli keluarga kelab Staff. Meskipun hujan turun pada jam 11.30 pagi, namun anak-anak kelihatan tidak berganjak daripada permainan dalam air. Malah, ibu bapa turut gembira melayan ahli keluarga masing-masing. Pengetua SMKHK iaitu Puan Normah Omar turut turun padang bersama-sama memeriahkan aktiviti di taman air tersebut.
Sesungguhnya, kekuatan kerjasama menjadikan kita semakin hari semakin sayang. Diharapkan agar tahun 2009 dapat membuka lembaran baru yang lebih indah dalam menjayakan program sebegini.

Monday, September 1, 2008

CERITA MOTIVASI

ditulis oleh Cristine Wili(Indonesia)

Dua puluh tahun yang lalu saya melahirkan seorang anak laki-laki,wajahnya lumayan tampan namun terlihat agak bodoh. Sam, suamiku,memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahwa anak inimemang agak terbelakang. Saya berniat memberikannya kepada orang lainsaja.
Namun Sam mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa sayamembesarkannya juga. Di tahun kedua setelah Eric dilahirkan saya punmelahirkan kembali seorang anak perempuan yang cantik mungil. Sayamenamainya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, demikian jugaSam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan danmembelikannya pakaian anak-anak yang indah-indah.Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapastel pakaian butut. Sam berniat membelikannya, namun saya selalumelarangnya dengan dalih penghematan uang keluarga. Sam selalumenuruti perkataan saya. Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggaldunia. Eric sudah berumur 4 tahun kala itu. Keluarga kami menjadisemakin miskin dengan hutang yang semakin menumpuk. Akhirnya sayamengambil tindakan yang akan membuat saya menyesal seumur hidup. Sayapergi meninggalkan kampung kelahiran saya beserta Angelica. Eric yangsedang tertidur lelap saya tinggalkan begitu saja. Kemudian sayatinggal di sebuah gubuk setelah rumah kami laku terjual untuk membayarhutang. Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.. telah berlalu sejakkejadian itu.
Saya telah menikah kembali dengan Brad, seorang pria dewasa. UsiaPernikahan kami telah menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifatburuk saya yang semula pemarah, egois, dan tinggi hati, berubahsedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica telahberumur 12 tahun dan kami menyekolahkan dia di asrama putri sekolahperawatan. Tidak ada lagi yang ingat tentang Eric dan tidak ada lagiyang mengingatnya.
Tiba-tiba terlintas kembali kisah ironis yang terjadi dulu sepertisebuah film yang diputar dikepala saya. Baru sekarang saya menyadaribetapa jahatnya perbuatan saya dulu.tiba-tiba bayangan Eric melintaskembali di pikiran saya. Ya Eric, Mommy akan menjemputmu Eric. Soreitu saya memarkir mobil biru saya di samping sebuah gubuk, dan Braddengan pandangan heran menatap saya dari samping. “Mary, apa yangsebenarnya terjadi?”
“Oh, Brad, kau pasti akan membenciku setelah saya menceritakan halyang telah saya lakukan dulu.” aku menceritakannya juga denganterisak-isak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia telahmemberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Setelah tangissaya reda, saya keluar dari mobil diikuti oleh Brad dari belakang.Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter darihadapan saya. Saya mulai teringat betapa gubuk itu pernah sayatinggali beberapa bulan lamanya dan Eric.. Eric…
Namun saya tidak menemukan siapapun juga di dalamnya. Hanya adasepotong kain butut tergeletak di lantai tanah. Saya mengambil serayamengamatinya dengan seksama… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalipotongan kain tersebut sebagai bekas baju butut yang dulu dikenakanEric sehari-harinya. Saya sempat kaget sebab suasana saat itu gelapsekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang demikian kotor.Ternyata ia seorang wanita tua. Kembali saya tersentak kaget manakalaia tiba-tiba menegur saya dengan suaranya yang parau.
“Heii…! Siapa kamu?! Mau apa kau kemari?!”
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, “Ibu, apa ibu kenaldengan seorang anak bernama Eric yang dulu tinggal di sini?”
Ia menjawab, “Kalau kamu ibunya, kamu sungguh tega, Tahukah kamu, 10tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terusmenunggu ibunya dan memanggil, ‘Mommy…, mommy!’ Karena tidak tega,saya terkadang memberinya makan dan mengajaknya tinggal Bersama saya.Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemulung sampah,namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulanyang lalu Eric meninggalkan secarik kertas ini. Ia belajar menulissetiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu…”
Saya pun membaca tulisan di kertas itu…
“Mommy, mengapa Mommy tidak pernah kembali lagi…? Mommy marah samaEric, ya? Mom, biarlah Eric yang pergi saja, tapi Mommy harus berjanjikalau Mommy tidak akan marah lagi sama Eric. Bye, Mom…”
Saya menjerit histeris membaca surat itu. “Bu, tolong katakan…katakan di mana ia sekarang? Saya berjanji akan meyayanginya sekarang!Saya tidak akan meninggalkannya lagi, Bu! Tolong katakan..!!”
Brad memeluk tubuh saya yang bergetar keras.
“Nyonya, semua sudah terlambat. Sehari sebelum nyonya datang, Erictelah meninggal dunia. Ia meninggal di belakang gubuk ini. Tubuhnyasangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahandi belakang gubuk ini tanpa ia berani masuk ke dalamnya. Ia takutapabila Mommy-nya datang, Mommy-nya akan pergi lagi bila melihatnyaada di dalam sana… Ia hanya berharap dapat melihat Mommy-nya daribelakang gubuk ini… Meskipun hujan deras, dengan kondisinya yanglemah ia terus bersikeras menunggu Nyonya di sana.”

Saturday, August 30, 2008

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN DI GOLDEN HORSE, SERI KEMBANGAN

Jumaat, Seri Kembangan - Kelab Staf SMK Hulu Kelang telah meraikan Jamuan Akhir Tahun dalam suasana yang sedih kerana seorang staf sokongan yang telah 20 tahun berkhidmat di situ akan berpindah atas arahan perkhidmatan yang lebih memerlukannya di sekolah lain. Majlis perpisahan turut disekalikan dengan penyampaian hadiah hari jadi yang telah menjadi budaya sekolah ini. Jamuan makan telah ditaja oleh Presiden Kelab Staf, Encik Wan Abdul Basit, Tabungan Kelab Staf dan kutipan Hari Kantin. Terima kasih diucapkan kepada Penasihat Kelab Staf , Cik Lau Choi Fong dan semua AJK yang telah bertungkus lumus menjadikan majlis tersebut satu kenyataan.

Wednesday, August 27, 2008

HARI KELUARGA SMK. HULU KELANG

Acara tahunan bagi Kelab Staf SMK. HULU KELANG tetap akan berjalan seperti yang dirancangkan pada tahun ini. Tempat yang dicadangkan ialah di Cherating, Pahang Darul Makmur pada bulan Oktober nanti. Diharapkan tema "YANG JAUH DIDEKATKAN, YANG DEKAT DIMESRAKAN" akan kekal menjadi pengikat kasih sesama warga pendidik dan staf sokongan di SMK Hulu Kelang.

SENARAI AJK KELAB STAF SMK HULU KELANG

PENASIHAT: CIK LAU CHOU FOONG
PRESIDEN : EN. WAN ABDUL BASIT WAN OMAR
NAIB : NORAZA AZIT @ AZIZ
S/USAHA : RUSLIDA
NAIB :
BENDAHARI: MARIATUL KABTIAH
NAIB : SHAHRUDIN
AJK : DARSHEN KAUR
SAADIAH MUSTAM
SAADIAH YUSUF
HAFIZAH
SHANUSEY
KHATIJAH RASHID