Friday, November 14, 2008

TIPS PENGETUA CEMERLANG

Tip-Tip Kepemimpinan untuk Pengetua dan Guru Besar
Ditulis oleh : Fadzli /
Friday, 14 November 2008

Kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar merupakan asas kecemerlangan sekolah. Abdul Ghani Kanesan dan rakan-rakan dalam buku mereka Gaya-Gaya Kepimpinan Pendidikan pentadbir sekolah memainkan peranan menjadi pentadbir budaya kepada sekolah. Pengetua dan Guru Besar perlu menerapkan budaya yang unik supaya menjadi institusi yang berdaya saing.
Untuk itu, mengenal kekuatan dan kelemahan sumber manusia adalah faktor kritikal kepada kejayaan sekolah. Mengenalpasti minat, kecenderungan dan sifat guru yang menjadi subordinat adalah perkara penting dalam pentadbiran sekolah.
Dalam membuat pemerhatian terhadap keupayaan guru, Pengetua dan Guru Besar juga perlu mencari jalan bagaimana guru dapat memberitahu dan mempamerkan kebolehan masing-masing tanpa disuruh. Dengan cara ini, secara tidak langsung mengurangkan gaya kepemimpinan yang hanya fokus kepada arahan. Karisma adalah jawapan terbaik untuk mengurangkan arahan dalam pentadbiran. Berikut tip-tip harian yang dapat diamalkan oleh pengetua dan guru besar untuk menyerlahkan karisma yang ada:
Prihatin kepada hal ehwal guru terutama kebajikan, kesihatan dan keperluan guru.
Bertanya khabar dan menawarkan bantuan kepada guru yang memerlukan.
Apabila berjumpa dengan guru dan subordinat, fikir apa yang menarik pada individu itu dan lontarkan persoalan yang mengurangkan jarak psikologi antara pentadbir dan guru.
Kadang-kadang ada perkara kecil yang tidak diaplikasikan dapat memberikan impak yang besar kepada kepemimpinan pengetua dan guru besar. Ini menyebabkan hubungan antara pentadbir dan guru hanya di sekolah namun tidak dipanjangkan ke luar sekolah. Apabila subordinat menjadi kawan, apa sahaja yang diarahkan pasti mereka laksanakan.
Petikan dan ringkasan Bab Kepemimpinan Karisma, dari Buku Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad) keluaran PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

No comments: