Saturday, August 30, 2008

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN DI GOLDEN HORSE, SERI KEMBANGAN

Jumaat, Seri Kembangan - Kelab Staf SMK Hulu Kelang telah meraikan Jamuan Akhir Tahun dalam suasana yang sedih kerana seorang staf sokongan yang telah 20 tahun berkhidmat di situ akan berpindah atas arahan perkhidmatan yang lebih memerlukannya di sekolah lain. Majlis perpisahan turut disekalikan dengan penyampaian hadiah hari jadi yang telah menjadi budaya sekolah ini. Jamuan makan telah ditaja oleh Presiden Kelab Staf, Encik Wan Abdul Basit, Tabungan Kelab Staf dan kutipan Hari Kantin. Terima kasih diucapkan kepada Penasihat Kelab Staf , Cik Lau Choi Fong dan semua AJK yang telah bertungkus lumus menjadikan majlis tersebut satu kenyataan.

Wednesday, August 27, 2008

HARI KELUARGA SMK. HULU KELANG

Acara tahunan bagi Kelab Staf SMK. HULU KELANG tetap akan berjalan seperti yang dirancangkan pada tahun ini. Tempat yang dicadangkan ialah di Cherating, Pahang Darul Makmur pada bulan Oktober nanti. Diharapkan tema "YANG JAUH DIDEKATKAN, YANG DEKAT DIMESRAKAN" akan kekal menjadi pengikat kasih sesama warga pendidik dan staf sokongan di SMK Hulu Kelang.

SENARAI AJK KELAB STAF SMK HULU KELANG

PENASIHAT: CIK LAU CHOU FOONG
PRESIDEN : EN. WAN ABDUL BASIT WAN OMAR
NAIB : NORAZA AZIT @ AZIZ
S/USAHA : RUSLIDA
NAIB :
BENDAHARI: MARIATUL KABTIAH
NAIB : SHAHRUDIN
AJK : DARSHEN KAUR
SAADIAH MUSTAM
SAADIAH YUSUF
HAFIZAH
SHANUSEY
KHATIJAH RASHID