Tuesday, March 31, 2009

KURSUS EDU WEB TV

RABU , 31 Mac 2009 - Satu kursus Edu Web Tv telah dijalankan oleh Pn. Hanani Zawawi selaku Penyelaras Pusat Sumber kepada semua guru SMKHK pada pukul 1.50 petang bertempat di bilik guru. Kursus tersebut benar-benar berjaya memberi input yang berguna kepada guru-guru dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Tahniah diucapkan kepada guru-guru SMKHK juga telah berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli baru Edu Web TV.

Wednesday, March 25, 2009

ceritaku, ceritaku jua

Dalam hidup ini, amatlah sukar untuk kita mengenali hati budi setiap insan yang berada di sekeliling kita. Kadang-kala, insan yang kita harapkan sebagai kawan sejati belum tentu memiliki sifat-sifat kawan sejati yang boleh dihargai. Malah, ada juga insan yang manis di mulut, tetapi berlainan maksud di hati.

Mungkin belum terlambat untuk kita menilai harga seorang kawan sejati dan membetulkan situasi agar diri kita lebih dihargai oleh diri sendiri. Benarlah pepatah ada menyatakan bahawa rambut kita sama hitam, tetapi hati lain-lain. Pada persepsi kita, kawan sejati kita itu mungkin sama cara berfikir dengan cita rasa kita. Namun, sekali air bah , sekali pantai akan berubah. Demikianlah seadanya ragam manusia di sekeliling kita hari ini.

CERAMAH KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN SMKHK 2009

Khamis, 26 Mac 2009- SMKHK telah berjaya melaksanakan Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran peringkat sekolah yang melibatkan pihak polis dari IPD Ampang Jaya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang.

Para pelajar juga telah diberi taklimat tentang persediaan menghadapi bencana oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu En. Zulbahren Ahmad di Dewan Budiman. Turut menyampaikan ceramah tentang keselamatan ialah ASP Siti Nathiroh Abu Bakar dan SI Heesham Yusof. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengetua SMKHK, Puan Rihan Mohd. Salleh.

Pada akhir program, telah dijalankan satu latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba. Para pelajar dan semua warga SMKHK telah berjaya mengikuti latihan tersebut dan telah bersurai pada jam 11.10 pagi.