Saturday, August 30, 2008

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN DI GOLDEN HORSE, SERI KEMBANGAN

Jumaat, Seri Kembangan - Kelab Staf SMK Hulu Kelang telah meraikan Jamuan Akhir Tahun dalam suasana yang sedih kerana seorang staf sokongan yang telah 20 tahun berkhidmat di situ akan berpindah atas arahan perkhidmatan yang lebih memerlukannya di sekolah lain. Majlis perpisahan turut disekalikan dengan penyampaian hadiah hari jadi yang telah menjadi budaya sekolah ini. Jamuan makan telah ditaja oleh Presiden Kelab Staf, Encik Wan Abdul Basit, Tabungan Kelab Staf dan kutipan Hari Kantin. Terima kasih diucapkan kepada Penasihat Kelab Staf , Cik Lau Choi Fong dan semua AJK yang telah bertungkus lumus menjadikan majlis tersebut satu kenyataan.

No comments: