Sunday, April 5, 2009

Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak 2009

AMPANG, 6 April 2009 - Pertandingan Pantun peringkat separuh akhir sekolah-sekolah daerah Gombak telah berlangsung di Dewan Budiman SMKHK bermula jam 9 pagi yang melibatkan empat buah sekolah iaitu SMK Seri Keramat, SM Teknik Gombak, SMK Kepong dan SBPI Rawang. Sekolah yang akan mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor ialah SBPI Rawang. Tahniah diucapkan kepada pemenang dalam pertandingan tersebut. Manakala, sekolah yang tewas diharapkan dapat menjadikan menang dan kalah adat bertanding serta menerimanya dengan hati yang terbuka

SMKHK yang merupakan tuan rumah pesta tersebut, telah berjaya melaksanakannya dengan lancar. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakannya.
Sirih junjung dibuat hiasan,
Cincin berlian tanda berteman,
Pantun sanjungan pantun warisan,
Takkan terkubur ditelan dek zaman.

No comments: