Sunday, October 26, 2008

GURU CEMERLANG SMKHK

Tahniah diucapkan kepada empat orang guru SMKHK yang telah dinobatkan sebagai guru cemerlang pada tahun 2008 ini iaitu Pn. Saadiah Yusof, En. Tiew Wai Sin, Pn. Saaadiah Mustam dan Pn. Tan Lee Eng. Mereka memanglah guru yang dedikasi dan mampu menyumbangkan bakti dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Pengiktirafan ini, diharapkan akan menjadi titik tolak kepada mereka dalam usaha menjadikan anak didik di SMKHK terus cemerlang seiring dengan perubahan waktu.

FIKIR-FIKIRKANLAH

FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN

Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan
Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau
Tuhan adalah penjamin rezeki engkauBertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya
hati engkau akan tenang
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu tentang keperluan-keperluan engkau
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaranRedhalah menerimanya,
walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau
Agar engkau tidak salah faham
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan akan merosakkan engkau
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan
Mesti ada mengandungi pendidikan...

Wednesday, October 22, 2008

KASIH DISEMAI, SAYANG DITUAI

Progam "Famili Day" yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff SMKHK di Desa Water Park pada hari sabtu bersamaan 18 Oktober 2008 telah berjaya mengeratkan semangat setiakawan dan kasih sayang sesama ahli keluarga kelab Staff. Meskipun hujan turun pada jam 11.30 pagi, namun anak-anak kelihatan tidak berganjak daripada permainan dalam air. Malah, ibu bapa turut gembira melayan ahli keluarga masing-masing. Pengetua SMKHK iaitu Puan Normah Omar turut turun padang bersama-sama memeriahkan aktiviti di taman air tersebut.
Sesungguhnya, kekuatan kerjasama menjadikan kita semakin hari semakin sayang. Diharapkan agar tahun 2009 dapat membuka lembaran baru yang lebih indah dalam menjayakan program sebegini.