Wednesday, April 13, 2011

Jom beli emas.

RGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Thursday, July 2, 2009

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? wallahuaallam

Wednesday, May 20, 2009

Friday, April 17, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

SABTU, 18 APRIL, 2009 - SMKHK telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung kali ke-35, di Dewan Budiman.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua SMKHK, Puan Rehan bt. Mohd. Salleh, YDP PIBG encik Rosli b. Ibraham dan dirasmikan oleh Dato' Nazri seorang ahli perniagaan yang banyak memberi sokongan kepada program yang dilaksanakan oleh SMKHK.
Persembahan nasyid menjadi pembuka tirai sebelum penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum, Berkepimpinan dan Bakti Murni 2009. Mesyuarat Agung PIBG telah menjadi penutup program pada hari ini dengan perlantikan AJK baharu bagi tahun 2009 - 2010.

Wednesday, April 8, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Festival Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan yang akan diadakan bermula 14 Mei sehingga 17 Mei di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dijangka diadakan secara besar-besaran.

Antara yang menarik ialah Terowong Masa (Time tunnel) yang akan memaparkan sejarah pendidikan negara dan perguruan di negara ini.
Dengan tema Hari Guru iaitu, Guru Pembina Negara Bangsa, terowong berkenaan akan memaparkan gambar-gambar era pendidikan sejak 1800 iaitu permulaan pendidikan sekolah pondok sehinggalah pendidikan alaf baru.

Selain itu lebih banyak gambar-gambar bersejarah tentang era pendidikan guru termasuk tokoh-tokoh pendidik yang belum pernah dipertontonkan kepada orang ramai akan dipamerkan pada festival tersebut.

Evolusi sejarah profesionalisme perguruan juga akan dipamerkan yakni bermula dengan pendidikan guru di maktab yang menganugerahkan sijil sehinggalah ia menganugerahkan diploma dan ijazah.

Terowong Masa itu turut mempamerkan gambar-gambar perkembangan pendidikan setiap abad termasuk perkembangan guru alaf baru dengan wujudnya Prasekolah, Sekolah Wawasan, Sekolah Integrasi, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Integriti dan Sekolah Kluster. Buat pertama kalinya, festival tersebut akan mempamerkan hasil inovasi guru-guru yang memenangi pelbagai pertandingan inovasi mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pameran dan Pelancaran Buku sempena perayaan Hari Guru yang bermesyuarat di Kementerian Pelajaran menjangka pameran itu akan menarik minat guru dan pelajar sekolah di sekitar pantai timur.Ini kerana banyak yang boleh dipelajari oleh warga pendidikan contohnya mengenai sejarah dan perkembangan dasar-dasar pendidikan negara ini.

Justeru seluruh warga pendidikan di sekitar pantai timur perlu mengambil peluang untuk datang melawat festival berkenaan.Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan kali ini adalah yang kali kedua diadakan di Terengganu.Kali pertama diadakan di negeri itu ialah pada tahun 1996 di Wisma Darul Iman.

Tuesday, April 7, 2009

TAHNIAH BUAT PN. SALMAH WAHAB

Tahniah diucapkan kepada insan yang sinonim dengan panggilan "mama" kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Petang di SMKSK. Semoga mama dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang lebih telus dan adil dalam pentadbiran sekolah agar dirimu terus kekal disayangi oleh anak-anak didikmu. Jasamu tetap dikenang selama-lamanya.

Monday, April 6, 2009

KEWAJIBAN-KEWAJIBAN BAGI YANG SEDANG BERIHRAM
Diwajibkan bagi yang sedang berihram untuk haji dan umrah hal-hal sebagai berikut :
Agar menetapi apa yang diwajibkan Allah kepadanya, seperti kewajiban shalat pada waktunya secara berjama’ah.
Agar menjauhi apa yang dilarang oleh Allah yang berupa ; rafat (berkata buruk, bercumbu mesra dan berhubungan dengan istri), Fusuq (melanggar perintah agama), jidal (berbantah-bantahan), dan perbuatan maksiat lainnya.
Agar menghindari ucapan atau perbuatan yang mengganggu dan menyakiti sesama muslim.
Agar menjauhi larangan-larangan ihram yaitu :
Mencabut rambut atau memotong kuku, sedangkan bila rambut atau kuku itu lepas dengan tidak sengaja di saat ihram, maka ia tidak dikenakan denda apa-apa.
Mempergunakan wangi-wangian di badannya atau pakaiannya, begitu juga pada makanan dan minumannya. Adapun jika ada sisa wangi-wangian yang ia pergunakan saat sebelum ihram, maka tak mengapa.
Membunuh binatang buruan atau menghalaunya, atau membantu orang yang berburu, selagi ia masih dalam keadaan ihram.
Memotong pepohonan atau mencabut tanaman yang masih hijau di tanah haram, begitu juga memungut barang temuan, kecuali jika bermaksud untuk mengumumkannya, karena Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang semua perbuatan tersebut. Larangan-larangan ini berlaku pula bagi yang tidak berihram.
Meminang atau melangsungkan akad nikah baik untuk dirinya maupun untuk orang lain, begitu juga mengadakan hubungan dengan isteri atau menjamahnya dengan syahwat selama ia dalam keadaan berihram.
Larangan-larangan tersebut diatas berlaku bagi pria dan wanita. Dan khusus bagi pria ada larangan-larangan sebagai berikut.
Mengenakan tutup kepala yang melekat. Adapun menggunakan payung atau berteduh dibawah atap kendaraan, atau membawa barang-barang diatas kepala, tidaklah mengapa.
Memakai kemeja dan semacamnya yang berjahit untuk menutupi seluruh badannya atau sebagiannya, begitu juga jubah, sorban, celana dan sepatu, kecuali jika tidak mendapatkan sarung ihram kemudian memakai celana, atau tidak mendapatkan sandal kemudian mengenakan sepatu ; maka tak mengapa baginya.
Sedangkan bagi wanita diharamkan sewaktu ihram untuk mengenakan sarung tangan dan menutup mukanya dengan cadar atau kerudung. Tetapi bila ia berhadapan muka dengan kaum pria yang bukan mahram, maka ia wajib menutup mukanya dengan kerudung atau semacamnya, sebagaimana kalau ia idak dalam ihram. Apabila seseorang yang sedang berihram mengenakan pakaian yang berjahit, atau menutup kepalanya, atau mempergunakan wangi-wangian, atau mencabut rambutnya, atau memotong kukunya, karena lupa atau tidak mengetahui hukumnya, maka ia tidak dikenakan fidyah. Dan hendaklah segera ia menghentikan perbuatan-perbuatan tadi di saat ia ingat atau mengetahui hukumnya. Bagi yang sedang berihram, boleh mengenakan sandal, cincin, kacamata, alat pendengar (headphone), jam tangan, ikat pinggang biasa dan ikat pinggang yang bersaku untuk menyimpan uang dan surat-surat. Dan boleh juga berganti pakaian ihram dan mencucinya, serta mandi dan membasuh kepala. Apabila lantaran mandi dan membasuh tadi terdapat rambut yang rontok tanpa disengaja, maka ia tak dikenakan apa-apa, begitu halnya bila ia terkena luka.
CARA ZIARAH KE MASJID RASUL SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM
Pertama
Disunatkan bagi anda pergi ke Madinah kapan saja, dengan niat ziarah ke Masjid Nabawi dan shalat didalamnya. Karena shalat di Masjid Nabawi lebih baik dari pada seribu kali shalat di masjid lain, kecuali Masjid Haram, sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kedua
Ziarah ke Masjid Nabawi ini sama sekali tidak ada hubungannya dengan ibadah haji, oleh karena itu tidak perlu berihram maupun membaca talbiyah.
Ketiga
Apabila anda telah sampai di Masjid Nabawi, masuklah dengan mendahulukan kaki sebelah kanan, bacalah ” Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim” dan salawat untuk Nabi Muhammad Shallallahu ‘alalihi wa sallam. Dan mohonlah kepada Allah agar Ia membukakan untuk anda segala pintu rahmat-Nya, dan bacalah :“‘Audzu billahi-l-’azhiimi wa-wajhihi-l-kariimi wa-sulthanihi-l-qadiimi minas syaithani-r-rajiimi, Allahuma iftahlii abwaba rahmatika” “Artinya : Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, kepada wajah-Nya yang Maha Mulia, dan kepada kekuasaan-Nya yang Maha Dahulu (Qadim), dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Illahi, bukakanlah bagiku segala pintu rahmat-Mu”.Do’a ini juga dianjurkan untuk dibaca setiap masuk masjid-masjid yang lain.
Keempat
Setelah memasuki Masjid Nabawi, segeralah anda melakukan shalat Tahiyat-al-masjid. Baik juga shalat ini dilakukan di Raudhah, dan jika tidak mungkin, lakukanlah di tempat lain didalam masjid itu.
Kelima
Kemudian menujulah ke kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan berdirilah didepannya menghadap kearahnya, kemudian ucapkanlah dengan sopan dan suara lirih :“Asalamu ‘alaika ayuha-l-nabiyyu warahmatul-lahi wabara kaatuhu” “Artinya : Semoga salam sejahtera, rahmat IIlahi dan berkah-Nya terlimpah kepadamu wahai Nabi (Muhammad)”. “Allahuma atihi-l-lawasilata walfadhiilah wab’astuhu-l-maqama-l-mahmuuda-ladzii wa’adutahu, Allahuma ijazihi ‘an umatihi afdhala-l-jazaai”. “Artinya : Ya Allah berilah beliau kedudukan tinggi di sorga serta kemulyaan, dan bangkitkanlah beliau di tempat terpuji yang telah Engaku janjikan kepadanya. Ya Allah, limpahkanlah kepadanya sebaik-baik pahala, beliau yang telah menyampaikan risalah kepada umatnya”.Kemudian bergeserlah anda sedikit kesebelah kanan, agar dapat berada dihadapan kubur Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu, ucapkanlah salam kepadanya dan berdo’alah memohonkan ampunan dan rahmat Illahi untuknya. Kemudian bergeserlah lagi sedikit kesebelah kanan, agar anda dapat berada dihadapan kubur Umar Radhiyallahu ‘anhu, ucapkanlah salam dan berdo’alah untuknya.
Keenam
Disunatkan bagi anda berziarah ke Masjid Quba’ dalam keadaan telah bersuci dari hadats, dan lakukan shalat didalamnya, karena Nabi Shallallahu ‘alihi wa sallam melakukan hal itu dan menganjurkannya. KetujuhDisunatkan pula bagi anda berziarah ke pekuburan Baqi kubur Utsman Radhiyallahu ‘anhu (di Baqi), dan juga kubur para Syuhada’ Uhud dan kubur Hamzah Radhiyallahu ‘anhu, ucapkanlah salam dan berdo’alah untuk mereka, karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menziarahi mereka dan berdo’a untuk mereka, dan beliaupun mengajarkan para sahabat beliau apabila mereka berziarah agar mengucapkan :“Assalamu ‘alaikum ahladdiyar mina-l-mu’miniina wal muslimiina wa-inaa insyaa allahu bikum laahiquuna nas alullaha lanaa walakumul ‘aafiyah” “Artinya : Semoga salam sejahtera terlimpah untuk kamu sekalian, wahai para penghuni kubur yang mu’min dan muslim, dan kamipun insya Allah akan menyusul kamu sekalian, semoga Allah mengaruniai keselamatan untuk kami dan kamu sekalian”.Di Madinah Munawwarah tidak ada masjid ataupun tempat yang disunatkan untuk diziarahi, selain Masjid Nabawi dan tempat-tempat yang tersebut tadi, oleh karena itu janganlah anda memberatkan diri atau berpayah-payah mengerjakan sesuatu yang tidak ada pahalanya, bahkan mungkin anda akan mendapatkan dosa karena perbuatan tersebut. Wallahu waliyyut-Taufiq
Disalin dari buku Petunjuk Jama’ah Haji dan Umrah Serta Penziarah Masjid Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Pengarang : mpulan Ulama, hal. 28-31, Diterbitkan dan Diedarkan oleh Departement Agama, Waqaf, Dakwah dan Bimbingan Islam, Saudi Arabia
http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/1020
http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/1034